// F R U T T I E L O V A L I E S ;
ABOUT ENTRY MR. RIGHT PRECIOUS PORTFOLIO TWITER FACEBOOK ASK.FM INSTAGRAM
Tips diri sendiri.
Sunday, November 6, 2016 • 0 comments

Hai :) Post kali ni nak cerita pasal tips aku belajar dekat KUIS. Tak banyak tips sangat pun yang aku nak cerita sini tapi boleh lah kalau nak ambil sebagai motivasi or whatever lah kan. Ceh. Ok lah ini antara benda yang aku buat sepanjang belajar kat KUIS.


1. Dalam kelas duduk bahagian hadapan.

Jenis aku ni, aku memang suka duduk depan. Orang selalu cakap budak duduk depan ni budak acah-acah pandai, budak nerd and whatever lah. Aku pula tak kisah orang nak cakap macamtu. Sebab bila aku duduk depan ni, aku lebih fokus nak belajar. Serious aku cakap. Aku pernah lah terlambat datang kelas and terpaksa duduk bahagian belakang. Nak tahu apa aku buat? Aku main phone, kacau-kacau kawan. Start dari tu aku fikir memang kalau duduk belakang ni betul malapetaka lah untuk aku. So kalau sesiapa kelas dengan aku, barisan depan tu mesti ada muka aku. Kalau takde tu maknanya aku belum bangun tidur lah tu.

Manfaat duduk depan ni ada banyak. Antaranya, korang boleh dengar lebih jelas apa yang pensyarah sampaikan kat depan. Peratusan untuk pensyarah kenal muka korang pun lagi tinggi. Bukan nak bodek ke apa tapi cuba bayangkan dalam 100+ orang pelajar, pensyarah boleh ingat nama kau? Mesti rasa best kan? Secara tak langsung ni pun boleh effect skor korang untuk subject tu. Mana lah tahu kot masa pensyarah nak tanda kertas korang then teringat nama korang terus bagi extra mark.


2. Banyakkan bertanya kalau tak faham.

Ok kalau korang nak tahu, aku ni kalau tak faham satu topik ni, memang aku takboleh duduk diam. Aku mesti juga cari solutions. First step kalau aku tak faham tu, aku akan google dulu, tengok tutorial ke or tengok penerangan untuk topik-topik tu ke. Sebab selalunya kalau dalam kelas kadang-kadang ada isi penting kita terlepas pandang kan, nak taknak kena study sendiri juga. And bila jumpa kat google, bukan takat stop situ je. Tanya dekat senior. Haa satu tips nak hidup kat IPT ni, ramaikan kenalan senior. Kalau ada satu benda tak faham ke nak tanya apa-apa ke, boleh lah jumpa dengan senior. And last step, aku akan jumpa dengan pensyarah tu sendiri tentang topik berkenaan. 

Jenis aku kalau dalam kelas tu tengah belajar tak faham, habis je waktu kelas tu aku akan cepat-cepat jumpa pensyarah tu. Then aku akan tanya and tanya and tanya sampai lah aku faham. And sampai je bilik, aku akan buat revision sekejap then tidur! (yang tidur ni jangan lah ikut engkorang buat lah revision sampai habis hahaha)


3. Buat buku khas untuk setiap subject

Ok yang ni amat-amat-amat lah penting. Haa nampak tak tiga amat tu. Aku galakkan korang before masuk semester baru tu sediakan lah buku. Bukan apa, ini bagi memudahkan korang untuk buat revision balik. And andaikata ada maklumat penting tentang subject tu boleh lah korang letak dalam buku untuk sebject tu je takde lah bercampur-campur kan. Ramai yang aku tengok hanya gunakan satu buku je untuk semua subject. Bayangkan ada 6 subject then semua nota sumbat dalam tu. Maybe untuk cara dorang tapi kalau aku memang takboleh sebab aku akan serabut plus pening last-last nota tu kang hilang tah kemana.

JANGAN GUNA HELAIAN KERTAS! Ok yang ini memang aku tak galakkan sangat-sangatlah. Sebab berkemungkinan besar kertas yang korang buat salin nota tu akan hilang, And tak nafikan benda ni pernah jadi kat aku sendiri. Aku pula jenis letak barang senang lupa, sepah-sepah. So nak elakkan benda tu jadi aku memang takkan gunakan helaian kertas kalau nak salin satu nota tu. 


4. Hubungan/adab dengan pensyarah

Yang ni pun salah satu aspek penting untuk korang berjaya. Aku ni jenis memang aku sendiri akui, suka beramah-mesra dengan pensyarah and aku rasa mesti ramai annoying kalau dalam kelas pensyarah asyik sebut nama aku hahaha tapi takpelah kalau nak belajar kena lah pandai ambil langkah. Banyak manfaat kalau rapat dengan pensyarah ni. Dari apa yang aku rasa sendiri, bila kau rapat dengan pensyarah, ilmu tu lagi senang nak masuk. Aku tak tahu magic apa pensyarah guna tapi ini lah orang kata keberkatan. Haa satu lagi, rapat-rapat juga, batas jangan lupa. Jangan pula buat pensyarah tu macam kawan kita pula ye dok. Suka hati je nak contact pukul berapa. Ingat ye pensyarah pun ada komitmen masing-masing kat rumah so kita kena lah patuhi waktu-waktu untuk hubungi mereka. 

And ye jangan lupa adab bila nak mesej or senang kata zaman maju sekarang kita guna whatsapp kan. Firstly jangan lupa bagi salam kemudian kenalkan diri, nama kau and kau kelas mana dari subject apa. Jangan lupa untuk ucap minta maaf sebab mengganggu. Then nyatakan tujuan kau untuk whatsapp. Jangan main bedal je ye adab kena ada. Benda ni penting weh mana tahu boleh effect markah korang ke kalau tetiba masa pensyarah tanda kertas kau then teringat budak ni lah yang whatsapp aku main terjah tu terus takde markah kasih sayang kang dia bagi. Minta dijauhkan.

   
5. Pilih group assignment yang betul

Yang ni secara jujurnya aku tak ambil kisah sangat sebab aku group mana-mana insyaAllah kerja boleh siap. Tapi kalau boleh memang aku nak group dengan orang-orang yang aku rapat. Sepanjang aku kat KUIS ni aku banyak bergroup dengan Solleha and Ummu. Tak dinafikan kalau group dengan dorang kerja aku memang akan jalan walaupun kadang banyak yang kitorang buat last minute. Tapi aku selesa kalau group dengan orang yang mengarah aku dari aku yang mengarah sebab aku memang serious tak pandai suruh orang buat itu ini.

Tapi untuk korang yang ada sleeping partner dalam group tu kan better korang laporkan dekat pensyarah. Memang banyak problem student kat IPT ni pasal group member je. Aku sarankan pilihlah mana yang terbaik. Kalau ditakdirkan korang dapat dengan ahli yang kurang komitmen ni korang kena lah bertindak. Sama ada korang yang gerakkan orang tu or kalau tak gerak langsung terus report and minta tukar group. Senang kerja.
 

6. Amalkan sikap buat secara berlebihan

Sikap secara berlebihan? Bukan makan berlebihan ye! Ok ni satu perangai aku bila buat assignment. Aku memang suka buat assignment kalau boleh dia nak 10 muka surat, 100 muka surat aku bagi. Tapi takdelah 100 muka surat haha tipu sangat tu. Tapi tu lah cuma nak kata aku jenis yang suka buat assignment tu melebih-lebih. Kadang kita bukan yakin sangat kan jawapan kita tu betul ke tak so apakata kita cari cara lain untuk backup jawapan kita dengan bagi lebihan jawapan yang ikut logik lah. Jangan pula kau bagi yang merepek-repek. Bukan buat assignment je kena berlebihan, time study pun kau kena lebih-lebih juga. Itu aku ceritakan dekat bawah ni ye.


7. Masa study yang sesuai 

Aku jenis study malam buta. And aku takkan study masa waktu Asar! Sebab memang takkan masuk kepala hotak aku ni. And aku ni banyak juga cara berstudy ni. Kadang-kadang aku lebih selesa study sorang, kadang-kadang aku study juga berkumpulan. Aku selalu habiskan waktu aku dengan Jemahs and kadang-kadang tu kitorang akan study sekali. Kira study group lah. And memang confirm kitorang ni 50% study 50% melencong benda lain. But aku tak kisah sangat benda ni sebab lepas habis study dengan dorang memang aku akan cari masa untuk study sorang-sorang time sunyi.
 
Kadang aku ni study sambil sumbat earphone dekat telinga dengar lagu hardcore and dorang pun pelik macam mana aku boleh study dalam suasana dengar lagu camtu. Aku sendiri pun tak taktahu macam mana tapi aku rasa ni satu nikmat lah juga sebab bila study sambil dengar lagu automatik boleh masuk. And satu lagi tabiat study aku ni, aku akan OTP dengan Firdaus and belajar dengan dia. OK KAT SINI AKU PESAN KALAU KAU ADA PARTNER KAT IPT KAU TU JANGAN SESEKALI LEKA AND PASTIKAN VISION MISSION KAU UNTUK BELAJAR TU TERCAPAI. So aku manfaat kan dia sebagai tempat untuk aku belajar sama and main soal-soal. Aku jenis suka bertanya and bila aku bertanya tu pun memudahkan aku untuk ingat subject tu. Bukan dengan Firdaus je kadang-kadang tengah lepak dengan Jemahs tiba-tiba keluar pula soalan dari aku. So secara automatik orang yang aku tanya tu akan ingat apa yang aku bebelkan. Ok yang pasal ni aku cerita kat no. 8.


8. Ajar member yang tak faham

Cita-cita aku sejak masuk KUIS ni nak jadi pensyarah. So sejak dari semester 1 sampai sekarang ni, aku memang akan ajar member yang tak faham benda yang aku faham berkenaan assignment or anything lah. Aku memang suka bila ada member minta ajar ni tapi satu je pantang larang, bila ada setengah tu dia minta ajar nak buat assignment tapi dengan cara dia minta kita punya jawapan dulu. And aku pula jenis susah sikit kalau ajar melalui telefon ni, lagi best kalau ajar depan-depan.

Manfaat bila kau ajar member ni, macam aku cerita kat no. 7 tadi, automatik kau boleh ingat and kawan kau pun boleh ingat. Aku pun jenis kalau ajar suka kuat kan suara so mana lah tahu kot terngiang-ngiang suara aku nanti time dorang nak jawab exam ke apa kan. Taktik ajar member ni kita yang bertanya soalan kat dorang bagi memudahkan dorang ingat apa yang dorang belajar. 


9. Buat nota untuk final

Ok yang ni memang setiap semester aku buat. Aku memang jenis suka buat nota untuk final. Before that, pastikan korang tahu topik apa yang masuk untuk subject tu. Confirm lah pensyarah korang akan bagitahu kan apa yang masuk. And then korang buat nota untuk topik-topik yang pensyarah korang dah bagitahu tu. And lepas je buat nota, aku akan pass nota tu ke orang lain. Kadang aku suka tengok orang yang aku rapat berjaya sekali sebab kita belajar sekali kan. And alhamdulillah bila result semester ni keluar, ada dalam 3 - 4 orang yang berterima kasih kat aku sebab ajar dorang even tak banyak mana aku ajar. Tak berharap korang berterima kasih cukup korang naik sekali dengan aku tu pun dah boleh buat aku happy. 


10. Letak target

Untuk letak target ni aku selalu buat masa nak dekat final exam, aku akan check carrymark and letakkan target apa yang mampu aku capai untuk subject tu. Melalui benda ni je dah boleh naikkan semangat aku yang kurang semangat ni. So kalau result aku dapat capai target tu memang rasa berpuas hati and lagi naikkan semangat untuk capai target semester depan pula.

And lagi satu, please please please jaga carrymark sebab majoriti subject di KUIS carrymark 60% so melalui carrymark dah boleh tahu kita lulus ataupun tidak. Andaikata carrymark kita 20/60, so dekat final nanti kena struggle untuk cari lagi 20 markah untuk lulus. Make sure carrymark jaga, penting tau!

Ini je kot tips yang mampu aku kongsikan. Tapi dalam banyak-banyak ni, jangan lupa perkara penting, hubungan dengan Allah and hubungan dengan ibu bapa. Yes! Jangan lupa jangan lupa jangan lupa! Jangan lupa berdoa pada Allah and jangan lupa berkat ibu bapa! Dua perkara ni merupakan aspek yang paling penting untuk kau berjaya dunia akhirat. Ingat ye, dalam melaksanakan amanah kita sebagai seorang pelajar, jangan lupa amanah kita sebagai seorang hamba pula. Cara aku, sebelum masuk dewan exam, aku akan call mak and minta mak doakan. Aku yakin doa mak ayah ni bawa berkat and alhamdulillah aku berjaya untuk bahagiakan dorang,

Ok lah sampai sini saja penulisan untuk harini semoga ada yang bermanfaat. Bye :)




0 Comments:

Post a Comment

Please use nice words :)
Nak kutuk mengutuk , pergi masuk tong sampah . Terima kasih :)



PASTFUTURE
MY WORDS;
Hye bloggers,my name is Amalia, just call me Maia for short. Currently, 21 and will be 22 on 12th February 2018. Dah datang tu jangan lupa follow ye! ;D

Hit the Button









Instagram



GIVE ME YOUR WORDS;

{} is looking at my blog.
-Best viewed in Google Chrome only-

GOOGLE+ ACCOUNT;






OTHERS;




PAST MOMENTS ♥