// F R U T T I E L O V A L I E S ;
ABOUT ENTRY MR. RIGHT PRECIOUS PORTFOLIO TWITER FACEBOOK ASK.FM INSTAGRAM
Result! Result! Result!
Saturday, November 5, 2016 • 0 comments

Hai guys. 
 So entry kali ni nak cerita pasal result. HAHAHA. Memandangkan result untuk semester 5 dah keluar, so kat sini nak share result dari semester 1 sampai semester 5.


Semester 1 
GPA: 3.73 | CGPA: 3.73

Masa result semester 1 ni stress gila. Mana taknya lagi 0.2 je nak dekan. Punya pusing satu KUIS semata nak naikkan pointer last-last lecturer cakap tak payah sebab nanti susahkan lecturer nak kena buka balik fail lama. So pasrah dan redha je lah.


Semester 2
GPA: 3.76 | CGPA: 3.75

Masa semester 2, syukur sangat-sangat sebab dapat capai target and lebih 0.1 point. Bak kata Sarah, dapat juga Dekan si Maia ni kalau tidak mahu pening dia nak teman aku pusing satu KUIS lagi.


Semester 3
GPA: 3.70 | CGPA: 3.73

Hah! Masa result semester ni paling aku tak puas hati atas sebab-sebab tertentu. Punya gigih aku datang KUIS masa cuti semester sebab nak recheck pointer untuk subject tuttt. Tapi last-last tak buat recheck pun sebab taknak ambil risiko pointer lagi jatuh. So redha even tak puas hati. Hahaha sorry Amalia Ahmad ni memang tak reti bersyukur kan T_T


Semester 4
GPA: 3.81 | CGPA: 3.75

Alhamdulillah untuk semester 4 dapat naikkan pointer. Masa semester ni banyak juga achievement dan syukur sangat-sangat sebab dipermudahkan urusan dengan lecturer masa ni. Banyak benda baru yang aku dapat belajar lagi-lagi subject Scripting & Audio Video. So sangat berpuas hati lah dengan usaha and result macam ni. Alhamdulillah :')


Semester 5
GPA: 4.00 | CGPA: 3.80

ALHAMDULILLAH untuk result semester 5 ni! Benda pertama aku buat masa dapat result ni jerit nama mak. Punya tunggang-langgang sampai anak buah semua terkejut kenapa ucu diorang macam orang gila hahaha tapi siapa tak gembira weh result macamni. Bersyukur sangat-sangat Ya Allah!

Even masa semester 5 lah aku rasa paling berat ujian Allah bagi untuk aku, lagi ujian tu datang masa dekat nak final exam. Serious masatu aku dah lemah semangat, tak mampu nak berharap lebih. Tapi satu je yang dorong aku terus belajar, mak ayah. Yes! Masa aku jatuh, aku teringat dorang. Jadi aku doa suruh Allah kuatkan semangat aku. And aku percaya Allah akan tolong aku even aku ni hamba yang tak sempurna.

Sampai waktu result keluar, ada kawan yang bersuara, "Tak sangka kau bukan main banyak masalah masa final tapi alhamdulillah result kau macamni. Kan aku dah kata, yakin dengan Allah, doa orang teranayai Allah makbulkan". Masatu aku sedar, macam-macam kena dekat aku, macam-macam yang aku pendamkan, macam-macam yang aku hanya luahkan dekat Yang Maha Pencipta and aku percaya Allah memang tolong hamba-hambaNya yang teranayai. Bersyukur sangat. Ingat satu je, Allah takkan uji seseorang tu diluar kemampuan mereka.

Tak lupa, terima kasih untuk kawan-kawan yang sentiasa ada kat sisi aku, yang ada untuk naikkan semangat aku. Terima kasih Jemahs, MasyaKurnea, and tak lupa terima kasih untuk Muhammad Firdaus. Even kita berselisihan faham tapi still, korang tetap dengan aku. Tahniah juga untuk kawan-kawan untuk result yang super semester ni. You all deserve it.

Satu semester lagi untuk bersama dengan Jemahs & Firdaus and I hope this last semester kita boleh tingkatkan lagi usaha kita, ukhuwah kita. InsyaAllah.

Sampai sini saja post entry harini. Lepasni aku try buat entry tentang tips belajar sepanjang semester and tips hadapi final exam. Bye.




0 Comments:

Post a Comment

Please use nice words :)
Nak kutuk mengutuk , pergi masuk tong sampah . Terima kasih :)



PASTFUTURE
MY WORDS;
Hye bloggers,my name is Amalia, just call me Maia for short. Currently, 21 and will be 22 on 12th February 2018. Dah datang tu jangan lupa follow ye! ;D

Hit the Button









Instagram



GIVE ME YOUR WORDS;

{} is looking at my blog.
-Best viewed in Google Chrome only-

GOOGLE+ ACCOUNT;






OTHERS;




PAST MOMENTS ♥