// F R U T T I E L O V A L I E S ;
ABOUT ENTRY MR. RIGHT PRECIOUS PORTFOLIO TWITER FACEBOOK ASK.FM INSTAGRAM
Project Audio & Video (Semester 4)
Saturday, November 12, 2016 • 0 comments

Hai. Ingat tak haritu aku ada cerita pasal landskap akademik untuk Diploma Teknologi Makulumat (Multimedia). Ada subject yang memerlukan kita menghasilkan projek untuk lulus. Antaranya subject Audio & Video in Multimedia (TDMM 2083). Subject ni korang akan ambil waktu semester 4. So aku kongsi sikit projek-projek yang aku hasilkan, sebagai rujukan and kenangan hehe :3

Projek 1 (Kehidupan di IPT)
Individu

Ok untuk permulaan korang akan diajar basic menggunakan Adobe Premiere. Don't worry kalau laptop korang takde software ni boleh install later sebab kita ada lab khas untuk subject ni. So korang akan belajar kat sini.

Kitorang kena buat video bertajuk Kehidupan di IPT. Syarat nak hasilkan video ni kena guna Adobe Premiere and berdurasi hanya 1 minit. Even korang pandai guna software lain such as Sony Vegas, Powerlink Cyberdirector, etc., korang tetap kena guna Adobe Premiere sebagai permulaan.




Projek 2 (Azan)
Individu

Untuk projek ni, korang kena hasilkan video azan ala-ala dalam TV tu. Masa hasilkan video ni memang banyak cabaran. Lagi-lagi sebab kita ni perempuan. So nak kena masuk masjid bahagian lelaki, rekod waktu dorang azan (optional; ikut korang nak rekod scene apa). 

Syarat untuk hasilkan video ni, korang perlukan model sendiri (muazzin) and pastikan suara orang yang azan tu suara orang yang kau rekod. Jangan kau ambil suara azan tv then rekod kawan kau (macam seolah dia yang azan). Kalau korang buat macamni, kena potong markah. And dalam video kau tu pastikan ada muka orang yang azan tu.




Projek 3 (Pengajaran dan Pembelajaran)
Individu

Yang ni memang bagi aku paling susah lah sebab masa mula-mula takde idea nak buat video apa. Nak kena cari orang lagi. Aduh dugaan betul. And nak tahu tak, esoknya kena hantar, malamtu baru aku buat projeknya. Tapi alhamdulillah dapat highest mark untuk video ni even macam kelam kabut sikit.

Korang kena buat video macam video tutorial lah gitu. Tak kisah tajuk apa. Ada kawan aku yang buat video ajar memasak, and ada juga buat video tazkirah. Dorang semua rakam guna model (orang lain), aku ni sampai ke last minute takde model last-last rakam diri sendiri jela. 




Projek 4 (Lagu Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor)
Individu

Projek ni memerlukan korang untuk hasilkan video guna lagu kolej terchenta kita, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Senang je tapi susah sebab taktahu nak rekod scene apa memandangkan lagu dia panjang. Macam aku, aku banyak guna gambar and jadikan trailer so dapat lah juga habis samapi hujung lagunya,

Korang kena guna kreativiti korang tau sebab untuk projek yang ni dinilai dari segi grafik, text, and so on. And alhamdulillah text dapat full mark sebab guna karaoke punya style tu. Haa nanti korang kalau nak rujuk pasal video ni boleh jumpa aku. Ceh.




Projek 5 (Tema pilihan)
Grouping

Ok untuk projek ni, korang akan diminta untuk buat group and pilih tema mana korang nak. Macam group kitorang, kitorang pilih tema Hari Raya. Group projek ni memang dah diberi dari awal, tak silap minggu first juga. Then minggu ke-14 baru kena tayang.

Memandangkan video ni dipertandingkan masa T-rex, alhamdulillah kumpulan kitorang dapat tempat kedua. And selain video, korang juga kena buat DJ ala-ala dekat radio tu. Durasi diberi 1 jam so pandai-pandai lah korang fikir nak masukkan apa. 



Ok itu saja perkongsian kali ni. Bye :)





0 Comments:

Post a Comment

Please use nice words :)
Nak kutuk mengutuk , pergi masuk tong sampah . Terima kasih :)



PASTFUTURE
MY WORDS;
Hye bloggers,my name is Amalia, just call me Maia for short. Currently, 21 and will be 22 on 12th February 2018. Dah datang tu jangan lupa follow ye! ;D

Hit the Button









Instagram



GIVE ME YOUR WORDS;

{} is looking at my blog.
-Best viewed in Google Chrome only-

GOOGLE+ ACCOUNT;






OTHERS;




PAST MOMENTS ♥