// F R U T T I E L O V A L I E S ;
ABOUT ENTRY MR. RIGHT PRECIOUS PORTFOLIO TWITER FACEBOOK ASK.FM INSTAGRAM
Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia)
Monday, November 7, 2016 • 9 comments
Hai. Kali ni aku nak kongsi landskap akademik untuk program diploma aku. Nampak mudah tapi hakikatnya hanya Allah saja yang tahu. Jangan ingat kitorang yang ambil IT Multimedia ni mudah ye. Student course lain dah bersiap sedia nak study untuk final kami pula sibuk untuk siapkan project akhir tahun. Struggle kena kasi lebih.

Ok mungkin penulisan kali ni boleh dijadikan panduan untuk adik-adik yang nak masuk Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) and mengambil program Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia) / Diploma in Information Technology (Multimedia).







NO. 1: Untuk subjek ni, korang hanya akan belajar basic Arab. And paling mudah, belajar sambung-sambungkan perkataan saja! 

NO. 2: Belajar basic english, verb noun and else.

NO. 3: Korang akan di ajar tentang asas-asas dalam multimedia. Seperti elemen penting dan alatan-alatan berkaitan multimedia.

NO. 4: Yang ni basic mathematic yang sanggat-sangat mudah. InsyaAllah boleh skor.

NO. 5: Pengajian am. Sama macam belajar sejarah masa sekolah menengah. But lagi mendalam.

NO. 6: Belajar tentang peradaban islam. 

NO. 7: Usrah. Setiap pelajar akan ada group usrah sendiri. Lulus atau gagal bergantung pada komitmen ahli kumpulan.






NO. 1: Dari basic 1 akan naik taraf sikit. Bagi aku mudah je sebab masa sekolah menengah dah belajar F1 & F2.

NO. 2: Sama macam arab, dinaiktaraf sikit topik pembelajarannya.

NO. 3: Pengenalan kepada programming. Mudah je nak skor kalau korang faham konsep dan bahasa dalam programming

NO. 4:  Yang ni korang akan diajar seni melukis. Sangat best dan PERIT! Haha!

NO. 5:  Kat sini korang akan belajar menggunakan Photoshop, Illustrator dan akan ada tugasan untuk lihat skill korang.

NO. 6:  Belajar Bahasa Kebangsaan! Tapi susah sikit dari sekolah menengah sebab korang akan dengar perkataan baru yang korang tak pernah langsung dengar and tak pernah belajar time sekolah dulu.

NO. 7:  Yang ni korang akan belajar basic guna word, excel and so on. Korang akan belajar macam mana nak buat sijil berlambak dengan satu cara saja. Nampak mudah tapi korang rasa lah dulu.

NO. 8:  Belajar mengenai ibadah dalam kehidupan umat Islam. And korang belajar juga pasal munakahat iaitu perkahwinan.

NO. 9:  Pun sama macam semester 1, usrah.






NO. 1:  Yang ni agak susah sebab dah melibatkan esei. Kena fokus betul-betul.

NO. 2:  Yang ini subject pilihan korang iaitu: Arab, Japan, Mandarin

NO. 3:  Usrah

NO. 4:  Pengantar akidah ni belajar tentang akidah kita sebagai umat islam. Yang ni pastikan korang skor ye sebab benda yang kita belajar semuanya basic bagi umat islam.

NO. 5:  Kata singkatnya OOP. Akan jadi mudah kalau korang boleh skor intro to programming.  Basic yang sama.

NO. 6:  Subject best! Korang akan belajar buat watak sendiri and macam mana nak gerakkan. Boleh lah fefeeling nak jadi macam animator upin & ipin gitu. Tapi struggle kena lebih, susah maaa!

NO. 7:  MD ni korang belajar macam time semester 1 punya subject intro to multimedia. Yang ni dia ajar kita macam mana nak buat proposal untuk courseware kita and penggunaan model-model dalam multimedia.

NO. 8:  Permulaan penggunaan flash. Korang akan belajar cara buat e-learning/ courseware sendiri. Bagi aku sangat sangat sangat best sebab korang boleh tahu cara nak develop idea secara digital. Tapi ramai yang stress subject ni haha.






NO. 1:  Yang ini subject pilihan korang iaitu: Arab, Japan, Mandarin

(Aku ambil arab so yang ni korang kena rajin sikit sebab ada esei)


NO. 2:  Usrah terakhir!

NO. 3:  Latihan bina insan. Yang ni korang akan dinilai melalui khidmat ummah yang korang buat.  Macam time aku dulu kitorang buat kem kepimpinan pengawas. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

NO. 4:  Kesinambungan Multimedia Authoring. tapi yang ni lagi advance sebab korang kena buat game and reka idea sendiri! Goodluck ye!

NO. 5:  Subject yang bagi aku amat lah susah. Project yang banyak, but banyak juga benda baru korang akan belajar. Mudah nak dapat markah kalau korang buat project bersungguh-sungguh. Yang ni takde final exam tau so kena fokus dekat project! Kalau project korang low so babai lah repeat next sem.

NO. 6:  Kesinambungan intro to animation. Yang ni kena jadikan tiga dimensi. Macam upin ipin, boboiboy and seangkatan. Korang cuma kena reka karakter, tak perlukan pergerakan pun. SUSAH ok!

NO. 7:  Majoriti classmate aku kata subject ni lagi mudah dari programming. Memang tak dinafikan. Korang cuma belajar untuk key-in data and dari sini korang tahu lah macam mana office-office key-in data dorang. Mudah saja.








NO. 1:  Yang ini korang akan belajar tentang persiapan diri untuk bekerja nanti. Sangat seronok! Korang akan belajar macam mana nak handle meeting, interview dan sebagainya. And akan ada penilaian macam mana korang praktikkan semua tu nanti.


NO. 2:  Jeng! Jeng! Jeng! Ini untuk kursus kahwin! Wajib join kalau tak repeat semester depan.

NO. 3:  Subject yang agak super killer. Fokus dalam kelas untuk faham. And banyak belajar sendiri.

NO. 4:  Yang ni korang belajar basic coding html. Bagi aku mudah sebab pernah belajar sendiri time sekolah rendah and sekolah menengah. Pada akhir semester, korang akan diberi tugasan untuk buat blog. Buat lawa-lawa ye!

NO. 5:  Yang ni takde final exam pun. Korang kena kendalikan program besar untuk fakulti dan markah korang akan dinilai melalui komitmen korang.

NO. 6:  Belajar tentang penggunaan perniagaan secara online. Banyak benda baru korang akan belajar. Kebaikkan serta keburukkan perniagaan online dan tradisional.

NO. 7:  Subject killer kedua!! Susah kalau korang tak fokus! Serious talk! Banyakkan belajar dengan senior. Ini cara aku untuk skor subject ni.






Untuk subject semester 6 aku tak dapat describe sebab belum masuk semester 6. Nanti aku akan update untuk rujukan akan datang.

Apa-apa pun, susah ke senang ke itu bukan halangan untuk korang belajar. Pastikan korang ada target and banggakan mak ayah korang. Gagal sekali tak bermakna korang akan gagal selamanya. Selamat maju jaya :) 

Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh tinggalkan komen ;) 


Labels: , , , , , , , , , ,



9 Comments:

Anonymous Anonymous said...

test

November 7, 2016 at 7:54 AM  
Blogger Hamba Allah KM said...

Penerangan yang bagus, sesuai untuk para pljr yg baru memasuki kuis ambik kos it 😁😁

November 7, 2016 at 5:51 PM  
Blogger Maia Ahmad said...

Hahaha acahnya. Thanks 😍😘

November 7, 2016 at 6:13 PM  
Blogger qudsz93 said...

boleh jadi lecturer da ni

November 9, 2016 at 12:41 AM  
Blogger Maia Ahmad said...

Haha insyaAllah amin 😂

November 9, 2016 at 3:43 AM  
Blogger zara ak said...

Nice sharing. Ringkas padat! Sqya sharw ye kat fb. Adik nak amek course ni insyaAllah

May 27, 2017 at 10:08 PM  
Blogger Muhammad Abu Baker As Siddiq said...

Mcm susah laa pulak ��... Jumpa lat kuis laa ahad ni ��.. #SayaBudaBaruBelajar

May 28, 2017 at 12:57 AM  
Blogger Maia Ahmad said...

Hehe boleh silakan. Baru perasan komen. Goodluck!

July 15, 2017 at 9:42 PM  
Blogger Maia Ahmad said...

Senang je. Belajar rajin-rajin 😂

July 15, 2017 at 9:43 PM  

Post a Comment

Please use nice words :)
Nak kutuk mengutuk , pergi masuk tong sampah . Terima kasih :)



PASTFUTURE
MY WORDS;
Hye bloggers,my name is Amalia, just call me Maia for short. Currently, 21 and will be 22 on 12th February 2018. Dah datang tu jangan lupa follow ye! ;D

Hit the Button









Instagram



GIVE ME YOUR WORDS;

{} is looking at my blog.
-Best viewed in Google Chrome only-

GOOGLE+ ACCOUNT;






OTHERS;




PAST MOMENTS ♥