// F R U T T I E L O V A L I E S ;
ABOUT ENTRY MR. RIGHT PRECIOUS PORTFOLIO TWITER FACEBOOK ASK.FM INSTAGRAM
Akak sayang adik :'(
Sunday, December 1, 2013 • 3 comments

Rasa macam tak percaya. Kau pergi macamtu je? Aku rindu kau dek. Aku tak sempat nak jumpa kau. Aku tak sempat nak contact kau. Kenapa terlalu awal kau pergi dek? Aku sayang kau dek. Aku sayang kau :'(

YaAllah, aku macam tak percaya. Aku sumpah tak percaya. Untuk satu hari ni, aku fikir pasal dia dari pagi sampai petang. Aku terfikir nak call dia, terfikir nak pergi rumah dia. Tiba-2 malam, around pukul 10 lebih aku dapat call. Call dari Muslih. Masatu mula-2 aku angkat, dia dah cakap "Amalia, kau jangan nangis". Then dia cerita dekat aku, Amirul Amir eksiden and dah meninggal. Mastu aku rasa macam nak menjerit. Aku terus nangis. Aku cakap Muslih tipuu. Aku rasa memang petanda tiba-2 aku boleh terfikir pasal dia for the whole day. Aku tak percaya. Aku tak percaya. Adik aku tu.  Orang yang aku sayang. Orang yang  pernah jadi sebahagian dari hidup aku. Aku sayang arwah. Aku sayang arwah Amirul Amir sangat-2. AKU SAYANG DIA! YaAllah, aku tak kuat untuk terima hakikat ni. Aku tak kuat. Aku terasa kehilangan. Aku taktahu lah macam mana mak dengan abah hadapi kehilangan arwah. Aku takut nak jumpa mereka esok. Aku takut aku rebah je. Aku sayang arwah sangat-2.

Aku teringat dia cakap, aku kakak tersayang dia. Aku teringat dia tanya pasal aku kat Iena. Aku teringat dia minta number aku. Aku teringat kenangan 2010 & 2011. Kenangan semua tu. Dia bagi surat. Dia bagi number. Dia bagi alamat. Dia mula minta berangkat. Dia lambai tangan kat aku. Dia nasyid. Dia bagi aku borak with mak and abah. Dia bagi aku keychain (aku pecahkan keychain tu sebab gaduh dgn dia tp aku still simpan lg). Dia satu silat dgn aku. Dia, dia, diaa.........yaAllah! Aku tak boleh lupa :'( arwah suka main poke-2 dengan aku. Sampai tak larat, dia akan hantar chat. Start chatting. Dia suka buat lawak. Aku dengan dia dulu tak berapa nak rapat but tahun ni aku rasa makin rapat. Dia panggil aku kakak sebab dia ckp dia dah lama tak jumpa aku, dia rindu.  Aku teringat dia ajak raya tp aku tak sempat nak pergi. 

Allahurabbi! Dada aku sakit. Aku taktahan. Since Muslih call aku sampai sekarang, 5.53 a.m. aku tak berhenti menangis. Aku sampai termuntah-2. Aku sebak sangat-2. Aku sedih. Lepas sorang sorang tinggalkan aku! Aku rindu sangat kat diaa. Aku takkan lupa 21.10.2010. Tarikh arwah jadi adek aku. Masatu tgh perlantikan pengawas. Aku duduk barisan depan sekali sbb nak tengok arwah. Allahurabbi! Kenangannya. Astagfirullah, aku tak kuat. Lepas dapat berita pemergian dia, aku call semua budak-2 Kalumpang. Aku nak kepastian. Aku nangis puas-2 kat dorang. Dekat Abit, Auny. Aku call member-2 aku. Aku call orang-2 yg pernah ada kaitan dgn arwah. Aku takboleh percaya. YaAllah, sungguh berat semua ni. Aku tak boleh tidur. Aku nak pergi rumah dia. Aku nak tatap arwah buat kali terakhir. Doakan aku sempat!



SEDEKAHKAN ALFATIHAH UNTUK

 ARWAH MUHAMMAD AMIRUL AMIR BIN

AHMAD AZLAN.

(23.02.1997 - 30.11.2013)

SEMOGA ROH ARWAH DIRAHMATI

 ALLAH DAN DITEMPATKAN 

DIKALANGAN ORANG-2 YANG BERIMAN.

 AMIN.


ADEK, AKAK SAYANG ADEK. AKAK TAKKAN LUPAKAN ADEK.
HARINI DAH 3 TAHUN, 40 HARI ADEK JADI ADEK AKAK. AKAK INGAT DEK :'(.
ADEK BAIK-2 YE KAT SANA. DOA AKAK SENTIASA IRINGI ADEK.

ADEK, AKAK RINDU ADEK. ADEK JANGAN RISAU, RAMAI DOAKAN ADEK. AKAK TAHU ADEK ORANG YANG BAIK. MOGA ALLAH TEMPATKAN ADEK DIKALANGAN ORANG-2 YANG BERIMAN. AMIN INSYAALLAH. :'(



Last memory :'(